Entry: ???? Wednesday, June 28, 2006



 

Apakah yang ada dalam taman hatiku kini..
Sedih?
Kecewa?
Marah?
Benci?
Aku sendiri merasa buntu
Apakah ku harus bertahan
Atau melepaskan saja semua ini
Jauh dari hidupku

Fikiran ku masih melayang jauh memikirkan
Apakah aku masih bermakna dalam hidupnya?
Apakah aku masih penting padanya?
Sanggupkah dia lakukan apa saja demiku?

Pertanyaan masih tiada jawapannya
Masih tiada noktah
Apakah semua ini akan terurai

Mungkin mendiamkan diri
Adalah yang terbaik ku lakukan
Di saat ini..
Akan ku biarkan dirimu
Dengan 'dunia' mu itu
Takkan ku ganggu dan menghalangmu lagi

Aku hanya mampu berdoa
Semoga cintaku masih kukuh buatmu
Dan seandainya tiada lagi cinta di hatiku buatmu
Carilah insan yang lebih baik dariku
Dan sudah pastinya
Dalam diriku
Takkan wujud lagi rasa cinta itu
Biarpun pada insan lain..
Kerana pintu hatiku sudah tertutup
Untuk seorang insan bernama
Lelaki...............

Biarkan aku melayari hidup ini sendirian....



   1 comments

dmj
July 11, 2006   03:03 PM PDT
 
dmj

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments