Apabila seseorang itu redha dgn kesakitan,
maka kesakitan itu akan menjadi pembersih dosa-dosanya Riwayat Bukhari-
Menuntut Ilmu adalah taqwa,menyampaikan ilmu adalah ibadah,mengulang-ulang ilmu adalah zikir,
mencari ilmu adalah jihad. Al-Ghazali-
Cinta yg sejati ialah cinta yg tidak bertambah kerana kebaikan
dan tidak berkurang kerana kesalahan. Yahya bin Muaz-
Barangsiapa yang banyak perkataannya,
nescaya banyaklah silapnya.Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya,
nescaya neraka lebih utama baginya Riwayat ABU NAIM-
Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam.
Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara2 yang baik.
Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia
Abdullah bin 'Amr R. A-
yang dekat itu MATI, yang jauh itu MASA, yang besar itu NAFSU, yang berat itu AMANAH,
yang ringan itu SOLAT, yang tajam itu LIDAH. Al-Ghazali-
Aku cintakan orang yang bersifat pemurah,
tetapi Aku lebih cinta lagi orang miskin yang pemurah. Aku cintakan orang yang rendah hati/diri, tetapi Aku lebih cinta orang kaya yang rendah hati.
Aku cintakan orang yang bertaubat, tetapi Aku lebih cinta lagi orang muda yang bertaubat.
Rahsia Puasa
1.Ghaddul Basar.
Menundukkan pandangan
2.Hifzul Lisan.
Menjaga lisan
3.Kaffus Sami'.
Menjaga pendengaran
4.Kaffu Baqiyyatil Jawaarih.
Menjaga anggota badan yg lain
5.Alqasdu fil Ifthar.
Sederhana dalam berbuka
6.Alqalbu Baina Raja' wal Khauf.
Hati penuh pengharapan dan takut kepada Allah
+++++++++++++++++++++++++ .: Kalamku Mula Berbicara :. +++++++++++++++++++++++++
Wahai Rasul Ku Rindu Hikmahmu
Sahabat-sahabat,dengan nama Allah,mari kita..
Saling merapatkan,bukan merenggangkan
Saling mempersaudarakan,bukan memperseterukan
Saling mengilmukan,bukan menjahilkan
Saling menyatukan,bukan memecahbelahkan
Saling menyayangkan,bukan membencikan
Saling mempermudahkan,bukan menyusahkan
Saling mencerahkan,bukan menggelapkan
Saling menyelesaikan,bukan membebankan
Saling membijaksanakan,bukan membebalkan
Saling memurnikan,bukan mengeruhkan
Saling mensalihkan,bukan memfasikkan
Saling menggembirakan,bukan menyedihkan
Saling memuliakan,bukan menghinakan
Saling menguatkan,bukan melemahkan
Saling membinakan,bukan meruntuhkan
Saling meningkatkan,bukan menurunkan
Saling menguntungkan,bukan merugikan
Saling mengindahkan,bukan memburukkan
Saling menyedarkan,bukan memalukan
Saling membahagiakan,bukan mencelakakan
Saling mendoakan,bukan mela'natkan
Saling mentaqwakan,bukan memaksiatkan
Saling melembutkan,bukan menggarangkan
Saling menasihatkan,bukan menggelarkan
Saling mendamaikan,bukan menggawatkan
Friendship ends when you stop sharing.
Love ends when you stop caring
Hope ends when you stop believing.
Life ends when you stop dreaming
If you want to be updated on this weblog Enter your email here:
Friday, June 23, 2006
~*~My FaM!Ly P!C~*~
.......Wajah-wajah kesayanganku......
Inilah antara insan.. Yang amat bermakna dalam hidupku.. Ayah..Mak Kak Long..Abg Long Along...Angah..Farhan..(Anak Buahku) Kak Ngah..Abg Ngah.. Kak Lang..Kakak... Merekalah pelengkap hidupku di dunia ini... I LOVE U ALL!!
Kalau diriku menjadi airmata... Ku ingin lahir dari matamu.. Hidup di pipimu Dan mati dibibirmu.. Tapi kalau dirimu jadi airmataku.. Aku tak akan menangis.. Sebab diriku tak nak kehilanganmu.. Aku terlalu menyayangimu....
Semoga kebahagiaan ini.. Kekal untuk selamanya... Selamat Hari Lahir.. Untukmu... Insan yang ku sayang..
Masya Allah, cuba anda add quran.noble ke dalam list YM anda . Lepas tu kita boleh tengok translation quran dan jugak hadith...
contoh: mesej quran.noble, taip quran 2 23 (maksudnya surah 2nd, ayat ke 23) dan translation kepada ayat quran tadi akan dipaparkn...
Jika nak melayu taip quran my 2 3 contoh jika nak try hadith pula taip "bukhari 1" (hadith bukhari yang pertama) dan translationnya akan dipaparkn juga ...selamat mencuba...
Type "Quran Help" for complete help on Quran Commands
Commands for Hadeeth and other Books are: Bukhari, Muslim, Dawud, Malik, Riyad ,Nawawi, Qudsi, Dua, H500, Explain.
Coming Soon More insyaAllah Now you can type "Help" for each commands like "Muslim Help
Jom sama-sama kita mencuba. Sambil chating tu boleh tambahkan pengetahuan kita
Ilahi, andai ini ujian penghapus dosaku tabahkan hatiku menerimanya
Ilahi, andai ujian ini jadi penyuci jiwa kotorku redhakan ku menerimanya
Ilahi, andai sakit ini bisa mendekatkan kepadaMU walau sejengkal teguhkan imanku menerimanya
Ilahi, andainya segala yang berlaku ini adalah semata kerana kasihMU sudilah kiranya Kau menerima taubatku ini
kerana ku terlalu takut akan azabMU sedangkan ku tak layak ke syurgaMU
Ilahi, kudambakan cinta Ilahi redhaNya kujejaki
Ameen. bi iznillah
************************************************
Ya Allah, Sejukkanlah gelora hati ini Dengan salji keyakinan Padamkan gelojak api jiwa ini Dengan air keimanan Berikanlah rasa damai Pada jiwa yang dalam kegelisahan ini Tunjukkanlah penglihatan ini Menuju cahayaMu Bimbinglah kesesatan ini
ke arah jalanMu Ya Allah…jalan orang-orang yang Kau Redhai…
Kejauhan ini mengajarku tentang erti sebuah rindu Tentang sebuah erti cinta Erti sebuah kebahagiaan Kebahagiaan yang ku cari selama ini Kini kebahagiaan itu telahpun ku miliki Walaupun dalam bahagia ini wujud sebuah kerinduan yang amat sangat Namun aku bersyukur dia yang kurindui Jua merindui diriku
Kini aku hanya ingin Membina ikatan bahagia Membina ikatan melangkah berdua menuju puncak mahligai impian Walaupun hanya seketika Hanya sementara Hanya sekelip mata Benarkan aku bahagia disampingmu Benarkan aku untuk membahagiakan dirimu Benarkan aku memberikan cahaya rembulan untuk menerangi hati dan perasaanmu Benarkan aku memetik bintang jadikan perhiasan di dinding asmara cinta kita
Ku janjikan hatiku untukmu selama-lamanya Walaupun dirimu bukan milikku Walaupun jasadmu jauh Aku kan tetap disini Menanti suatu penantian yang belum pasti kan tiba Namun Demi suatu cinta Biarpun satu seksaan sebuah penantian Meronta hatiku Meruntun seluruh kasih sayangku Kan ku langkah kakiku ini Kugagahi menempuh gelombang yang datang menggunung Gelora yang memualkan Untuk pergi mengadapmu Untuk kubisikkan perasaan hatiku padamu
Lihat bintang di langit, Bintang itu cintaku yang jauh, Bintang itu kilauan cinta yang aku mahu, Bintang itu lambang kerinduanku, Bila aku rindukan cinta, Bila aku sayangkan seseorang..
Aku capai bintang, Nak memiliki bintang di langit, Tanganku tak sampai, Berkali aku cuba, Akhirnya aku jatuh, Kilauan bintang di langit terlalu jauh..
Aku menangis, Jangan kata aku tak mampu, Bila aku usaha dengan tenagaku, Walaupun pincang kakiku, Aku mahu miliki bintang, Aku mahu miliki kilauannya..
Aku pandang langit, Tanganku bergerak mencapai bintang, Kilauan bintang itu terlalu mempersona, Bila tiba-iba aku terdiam, Kilauan di jariku lebih jelas, Kilauan cinta itu di jari aku, Aku miliki kilauan cinta yang paling nyata, Yang aku genggam, Yang dapat aku miliki..
Aku tersenyum, Bila kilauan cinta itu sebenarnya sudah aku miliki, Hakikat dan kenyataan, Aku berlalu, Kali ini tanganku digengam erat..
Seperti Kehilangan Ada sesuatu yang bermain di kepala Berbaur dalam rasa yang mencengkam saat itu Sepertinya ada, tapi kebisuan membuatnya tiada Sepertinya tiada, tapi ada rasa yang membelenggu
Ketiadaan yang seketika Seperti bertahun kehilangan Bingung dicengkam duka Karam dalam lamunan
Tahukah dirimu perasaanku di saat ni..
Hancur dan kecewa rasanya…
Pabila mengenangkan apa yang kau lafazkan..
Mungkin bagimu ia hanya sekadar kata bicaramu..
Tapi bagikan ianya bagaikan satu sindiran…
Sayangku..
Di awal perkenalan kita…
Telah ku katakan padamu..
Aku punya sekeping hati yang lembut…
Mudah rasa tersentuh..
Mudah untuk menangis..
Apakah sukar untuk kau jaga hatiku ini…
Kau tahu ku amat menyayangi dan merindui dirimu..
Mengapakah ini yang kau balas padaku…
Tiadakah kata-kata indah yang dapat kau lafazkan buatku..
Seandainya diriku ini tak mampu untuk menyayangi dirimu lagi…
Usah kau salahkan aku…
Mungkin lebih baik aku bersendiri dalam melayari hidup ini..
Hingga ke saat coretan ini ku coretkan…
Titisan jernih ini masih jatuh membasahi pipiku…
Semalaman ia mengalir tanpa henti..
Semuanya kerana kata-kata yang kau ucapkan………………………